Search
Saturday 22 July 2017
  • :
  • :

Sesi Demonstrasi dan Taklimat Animal Caging Systems

Diagnostic Systems dengan kerjasama Sama Bestari Sdn Bhd telah menganjurkan Sesi Demonstrasi serta Penerangan berkenaan Modular Animal Caging Systems (MACS) dari Alternative Design Manufacturing Inc., USA pada 2hb Mac 2011.

Kami berbesar hati dan berterima kasih kerana menerima kunjungan deligasi dari Bahagian Teknologi Perubatan, Agensi Nuklear Malaysia, Bangi yang diketuai oleh En Yahaya Talib. Dalam sesi ini kami menerangkan fungsi-fungsi serta kelebihan (advantage) mengenai MACS yang kami promosikan. Mereka kemudiannya telah didedahkan secara langsung kepada sebuah unit demonstrasi (MACS Rotary Systems) yang sedia dipasang di premis kami.

Di bawah adalah gambar-gambar yang diambil di sekitar sesi berkenaan.